12/12/2011

SENJATA RAHSIA ORANG MUKMIN

"DOA"

Doa ialah permohonan seseorang insan kepada ALLAH S.W.T. untuk mendapatkan kebaikan atau mencegah kemudaratan serta ibadat tambahan yang dapat menguatkan iman dan wajib diamalkan kerana DOA merupakan SENJATA paling MUJARAB bagi setiap mukmin.

Seseorang itu mesti yakin dan tawaduk bahawa Allah yang Maha Esa sahajalah tempat meminta sesuatu pertolongan dan ALLAH S.W.T sahajalah yang berhak memperkenankan doa seseorang itu sama ada secara cepat ataupun lambat. Dengan cara serta keberkatan seseorang itu berdoa dan ketetapan yang tercatat di sisi ALLAH  S.W.T. maka permohonan itu akan dimakbulkann.

JUSTERU itu, BERDOALAH dan MINTALAH sesuatau hajat hanya kepada ALLAH S.W.T. semata mata disertai niat yang tulus dan ikhlas. YAKINLAH bahawa doa yang di pohon itu suatu saat nanti pasti akan dimakbulkan, INSYALLAH.

( Petikan Senjata Rahsia Orang Mukmin oleh   Ustaz Ab. Latif Muda )

No comments:

Post a Comment