12/24/2011

Kisah INDAH semalam tercipta lagi dalam kehidupan. Pengalaman yang sukar di lupakan malah semakin merindui saat2 bersama. Terasa kehilangan dan kekurangan mendengar gelak ketawa, senda gurau, usik mengusik, kerjasama, dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan INDAH......

12/19/2011

MINGGU BARU.........


Alhamdulillah masuk kini minggu baru dan semakin hampir untuk Permulaan 2012....... Tahun baru dan kisah2 baru yang bakal di alami...... Kisah semalam merupakan minggu yang mencabar MENTAL dan FIZIKAL.....
Tenaga di perah sehabisnya bagi memencari kesempurnaan dalam sebuah KISAH INDAH. Ingatkan Cerah hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..... kesempurnaan yang telah di hasilkan terpaksa di garap semula bagi memenuhi keperluan dan kehendak KISAH BARU. 


KINI perjuangan di teruskan menyempurnakan KISAH BARU sehingga KISAH INDAH akan menjadi realiti........ Insyallah...... PERJUANGAN DITERUSKAN sehingga hari penentuan.....


JOHOR JUARA........ JJ







12/13/2011

Assalamualaikum...... kisah semalam kisah kita bersama. Penat dan puas walaupun belum sempurna sepenuhnya tapi latihan semalam betul2 menguji ketahanan fizikal dan stamina. Perjuangan untuk MSKPP 2011 mewakili Negeri Johor di teruskan dan sudah seminggu lebih menjalani latihan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan telah memberi kerjasama yang tidak terhingga bagi menghasilkan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan. Latihan di teruskan bagi mencari kesempurnaan sambil menghitung detik harinya.........

12/12/2011

Kenangan Kisah Terindah Semalam
SENJATA RAHSIA ORANG MUKMIN

"DOA"

Doa ialah permohonan seseorang insan kepada ALLAH S.W.T. untuk mendapatkan kebaikan atau mencegah kemudaratan serta ibadat tambahan yang dapat menguatkan iman dan wajib diamalkan kerana DOA merupakan SENJATA paling MUJARAB bagi setiap mukmin.

Seseorang itu mesti yakin dan tawaduk bahawa Allah yang Maha Esa sahajalah tempat meminta sesuatu pertolongan dan ALLAH S.W.T sahajalah yang berhak memperkenankan doa seseorang itu sama ada secara cepat ataupun lambat. Dengan cara serta keberkatan seseorang itu berdoa dan ketetapan yang tercatat di sisi ALLAH  S.W.T. maka permohonan itu akan dimakbulkann.

JUSTERU itu, BERDOALAH dan MINTALAH sesuatau hajat hanya kepada ALLAH S.W.T. semata mata disertai niat yang tulus dan ikhlas. YAKINLAH bahawa doa yang di pohon itu suatu saat nanti pasti akan dimakbulkan, INSYALLAH.

( Petikan Senjata Rahsia Orang Mukmin oleh   Ustaz Ab. Latif Muda )

12/11/2011

coretan Hari Ahad....... hampir setengah hari berada di Plaza Angsana sempena Program Penempatan Pekerja 1 Azam..... ramai pencari2 kerja datang dengan pelbagai latarbelakang termasuk lah budak rumah ini...... Alhamdulillah.... kalau ada rezeki minggu depan insyallah mula lah dengan pekerjaan yang baru. Pelik tapi benar tapi itulah realitinya masih ramai yang menanam anggur malah semuanya berkelayakan yanng cukup tinggi.....
40 majikan dan 6000 kekosongan jawatan ( katanya )...... kalau betul tentu lah 6000 akan mempunyai career. bukan calang2 jawatan yang di tawarkan.
Hakikatnya kalau anda berada yang di sana pasti akan bersetuju dengan kisah ini. Keperluan jawatan paling sedikit seorang saja n jawatan yang menawarkan kekosongan terbanyak adalah lebih kurang dari 30 kekosongan itu pun jawatan operator pengeluaran......

Kekosongan 1 yang memohon entahlah berapa...... puluh?ratus?ribu...... agak2 siapa yang terpilih......
Realiti amat memedihkan...... tapi diluah mati emak di telan mati bapa...... kena terima

Siapa yang terbaik....... itulah pilihan utama..... yang lain minggu depan tunggu panggilan telefon untuk temuduga kali kedua??? jadi tercapai ker Objektif utama???? Penempatan pekerja.....
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.......... satu lagi hari Ahad yang bakal di tempuhi dengan onak dan ranjau kehidupan...... insyallah dengan berkat kesabaran dan redha serta tawakal kepada Allah.... kehidupan dipermudahkan....
Salam perkenalan.... blog ni di wujudkan bagi menjadi tempat luahan rasa Anak Perantau yang berada di Negeri Orang..... Sesungguhnya Hujan Batu di negeri sendiri Hujan Emas di Negeri Orang...... 2011 bakal melabuhkan tirai dan 2012 membuka lembaran baru. hampir 8 tahun di negeri orang pelbagai pengalaman telah ku lalui dan tempuhi.....sesungguhnya Anugerah Allah itu amat besar nilainya........ hargailah sementara ianya berada di depan mata......... wassalam